HIDUP SEBELUM MATI
Virus Antraks Tentera Atau Azab Dari Allah swt

+

HOME

Benarkah Alien sebenarnya adalah Jin? | !!!! Section Khas !!!! | Virus Antraks Tentera Atau Azab Dari Allah swt | OSAMA LADEN | Satu | Fatimah Rockers | Contact Us

Amerika gempar lagi dengan serangan, tetapi kali ini bukanlah serangan
'pengganas,' tetapi serangan bakteria antraks yang melanda beberapa
wilayah di bumi Amerika.
Kes pertama ditemui ke atas seorang pengarang sebuah akhbar tabloid, Sun
di Florida pada 5 Oktober lalu. Beberapa hari selepas kuman itu dikesan
di Florida, antraks kini dikesan di New York, Reno, Nevada, stesen
televisyen -NBC-TV Nightly News, The New York Times, syarikat Microsoft
dan syarikat perfileman, Sony Pictures.

Paling menakutkan antraks mungkin menyerang Malaysia!

Antraks, adakah ia terdiri dari tentera-tenteraNya atau azab dariNya?

Firman Allah Taala bermaksud: "... lalu Kami kirimkan kepada mereka
angin taufan dan tentera yang tidak dapat kamu melihatnya."
(al-Ahzab: 9)

Tentera-tentera Allah bukanlah seperti yang kita lihat seperti tentera
AS. Tentera Allah meliputi seluruh alam ini baik dapat dizahirkan atau
sebaliknya. Angin, hujan, taufan dan lain-lain merupakan sebahagian dari
tenteraNya serta juga malaikat. Virus, bakteria juga adalah makhluk
Allah yang tidak tidak kita lihat secara zahir. Mungkinkah antraks
sebahagian dari tenteraNya? Hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui.

Allah tidak akan menurunkan sesuatu bencana atau azab kepada hambaNya di
dunia ini melainkan akibat perbuatan mereka sendiri. Perbuatan mereka
yang melampaui batas dan kejam terhadap insan-insan tidak berdosa
membuatkan ramai yang menderita. Akibatnya, Allah Taala telah menurunkan
azab pedih ke atas mereka yang mana daya pemikiran mereka tidak tercapai
mengesannya.

Firman Allah Taala bermaksud: "Katakanlah: Dialah yang berkuasa untuk
mengirimkan azab kepadamu, dari atas kamu atau dari bawah kakimu ... "
(al-An`aam: 65)

Firman Allah lagi bermaksud: "Dan orang-orang kafir senantiasa ditimpa
bencana, disebabkan perbuatan mereka sendiri atau bencana itu terjadi
dekat tempat kediaman mereka."
(ar-Ra`d: 31)

Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud: "Aku menghitung ada enam perkara yang
akan terjadi menjelang (memasuki gerbang) hari qiamat iaitu kematianku,
penaklukan Baitul Maqdis, kematian masal; akibat wabak penyakit qu'as
(penyakit yang mematikan kambing dengan cepat), melimpahnya harta ..."
(HR Bukhari)

Mungkin juga antraks ini sebahagian dari tanda-tanda menjelangnya qiamat
sebagaimana hadis Rasulullah di atas tadi. Ini disebabkan bakteria
antraks disebarkan oleh spora dan secara amnya mengenai biri-biri,
binatang ternak, kuda, kambing dan babi.

Jika kita perhatikan peristiwa ini, kebanyakan mangsa-mangsa adalah dari
kalangan mereka yang kufur kepadaNya. Mereka yang telah banyak membuat
kehidupan kita dan saudara-saudara kita sengsara dan musnah. Benarlah
apa yang Allah tegaskan di dalam kitabNya yang bermaksud: " ..., lalu
mereka halangi (manusia) dari jalan Allah, kerana itu mereka mendapat
azab yang menghinakan."
(al-Mujaadilah: 16)

Tiada kekuatan senjata bagi kita untuk melawan mereka, tiada B-1, B-2,
Apache untuk kita menyerang mereka balik. Cukuplah sekadar kita menadah
tangan memohon pertolongan dari yang Esa. Senjata orang-orang mukmin
adalah dengan berdoa, dengan doa sahaja kita mampu melawan mereka yang
kufur dan angkuh dengan kekuatan sistem teknologi canggih.

"Ya Tuhan kami, berilah kepada mereka azab dua kali lipat dan kutuklah
mereka dengan kutukan yang besar."
(al-Ahzab: 68)


Wassalam...


Enter content here

Enter supporting content here