HIDUP SEBELUM MATI
Fatimah Rockers

Kita ke alam Pontianak!!!

HOME

Benarkah Alien sebenarnya adalah Jin? | !!!! Section Khas !!!! | Virus Antraks Tentera Atau Azab Dari Allah swt | OSAMA LADEN | Satu | Fatimah Rockers | Contact Us

bulaneclipse.jpg

Bomoh jerat langsuir
Wajah Langsuir yang ditangkapKUALA LUMPUR: Langsuir atau pontianak yang mengganas dan merasuk seorang gadis di Melaka, sejak lebih sebulan lalu ditangkap oleh seorang bomoh, selepas bertarung selama sejam, kelmarin.
Khairul Salehudin, 32, yang mewarisi ilmu pembomohan daripada arwah bapanya, menggunakan kepakarannya dalam pertarungan itu sebelum menewaskan makhluk halus berkenaan.
Ketika ditangkap, hantu itu dikatakan menyerupai kekabu dan wajahnya kurang jelas. Ia kemudiannya dikurung dalam balang dan dibawa pulang ke rumahnya di Sabak Bernam, Selangor untuk disimpan.
Rina, yang juga saudara bomoh itu hidup dalam ketakutan kerana langsuir yang menghuni sebatang pokok kekabu berdekatan rumahnya sering memanggil namanya.
Lantaran gangguan suara langsuir yang turut menjelmakan diri sebagai wanita serba putih itu, hidup Rina tidak keruan, tidak berselera makan dan sering melamun sendirian.Menurut Khairul, makhluk halus itu dikurung dalam balang kaca di mana ada masanya ia kelihatan seperti terapung-apung.
Langsuir itu berupaya berubah rupa dan bentuk, jika makhluk halus itu berada di luar, ia akan berubah kepada bentuk samaran berdasarkan keadaan sekeliling atau suasana tempat ia berada.
Kalau duduk dekat pokok kekabu, rupanya akan menjadi putih seperti kekabu. Kalau duduk dekat perempuan, bentuknya menjadi seperti perempuan dengan rambut mengerbang dan berpakaian putih.
Ada kalanya makhluk itu tidak menyerupai apa-apa bentuk tetapi hanya kedengaran suara, katanya.
Khairul berkata, hantu itu perlu dibuang ke laut bagi mengelak mengganggu manusia jika ia terlepas semula daripada penjara botol itu.
Sementara itu, Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Hashim Yahya, ketika dihubungi malam tadi, berkata dalam Islam jin, iblis dan hantu diakui kewujudannya di mana makhluk itu boleh menyerupai pelbagai benda lain.
Tetapi ini baru kali pertama saya dengar makhluk halus ini boleh diambil gambar (rakam) dan dipertontonkan kepada masyarakat umum.
Saya tidak berkesempatan melihat sendiri hantu yang ditangkap itu, kalau dapat berjumpa dengan bomoh itu (Khairul), baru boleh sahkan.
Saya sangsi sebab hantu itu dapat ambil gambar (dirakam), betul atau tidak Wallahualam, katanya yang tidak menolak ada manusia yang dianugerahkan Tuhan kelebihan untuk menangkap jin dan hantu.
Sehubungan itu, beliau menasihatkan orang ramai supaya tidak mudah terpesona dengan cerita sedemikian kerana pihak berkenaan seperti Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) masih belum mengesahkan kejadian itu.


Pontianak FATIMAHRockers Pontianak FatimahRockers Pontianak Fatimah Rockers Pontianak Fatimah Rockers Pontianak fatimah Rockers Pontianak Fatimah Rockers Pontianak Fatimah Rockers Pontianak Fatimah Rockers Pontianak Fatimah Rockers